Monday, November 1, 2010

Kg. Keriang Pulau dari sudut ilmiah

           Kg. Keriang pulau terletak 3 km. ke bandar Alor Star. Nadi kampung terletak 0.5 km dari jalan utama. Jalan kampung asal telah ditutup lantaran pembinaan rumah-rumah taman yang baru. Kampung tradisional ini harus disingkap kisahnya  40 - 50 tahun kebelakangan bagi menjiwai nadi jiwa kampung ini.
            Kg. Keriang Pulau pernah dijadikan kajian oleh  Dr. Rosmarry Barnard seorang pensyarah dari Australia pada pertengahan tahun 60an. Beliau kemudiannya datang semula 10 tahun kemudian untuk kajian  kedoktaran beliau. Saya berkesempatan membaca tesis beliau di Perpustakaan Universiti Malaya. Dalam lawatan beliau tahun 1979  saya berkesempatan berjumpa beliau dan mendapat beberapa kertas kerja yang beliau bentangkan di peringkat antarabangsa tentang Kg. Keriang Pulau. Kajian lain secara lebih mendalam belum pernah saya temui.

1 comment:

CREE said...

Bagus jugak disingkap semula asal usul Kampung Keriang Pulau...Satu hal nak tanya..adalah Rosmarry tu..pernah datang sekitar tahun 70an ..dimana seingat saya, dia telah datang ke rumah Tok Arop dan menemuramah Tok Mala. Masa tu saya dan kawan-kawan dok belajar Muqaddam di Madrasah kita.