Sunday, January 23, 2011

KAMPUNG KERIANG PULAU MEMORI SEJENAK

Dimaklumkan bahawa bahawa saya membuka satu blog baru berkaitan Kg. Keriang Pulau. Banyak penulisan baru dimuatkan dalam blog yang baru ni. Tajuk blog:  Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak.
 Alamat blog:   http://keriangpulau.blogspot.com.

Terima kasih

Friday, January 14, 2011

Musim hujan

Musim hujan bagi pelajar sekolah Kg. keriang Pulau sangatlah mencabar. Ada yang berjalan kaki sajauh 700 meter. Tapi ramai berbasikal. Jalan yang becak dek tanah merah. Tambahan lagi kalau tanah merah baru diturap.Yang berbasikal akan membawa kayu buat mengcungkil tanah di pertengahan jalan kerana basikal tak boleh bergerak lagi. Kasut sekolah tak dipakai lagi. Dimasukkan dalam bungkusan plastik. Selain itu helaian kertas surat khabar lama dibawa juga. Apabila sampai di hujung jalan barulah semua berhenti berkumpul dan basuh kaki untuk memakai kasut sekolah di sebuah lubuk air.Di  lubuk ini juga tempat aku mencari ikan laga masa kecil. Sambil mencari mataku liar memerhati kalau bayang abah aku ada. Alamat nasib tak baiklah kalau dia nampak.

Thursday, January 13, 2011

Kumpulan Gendang

Seperti diceritakanCree dalam blognya, memang ada satu kumpulan gendang di Kg. Keriang Pulau ini.. Hampir keseluruhan ahlinya adalah dari satu keluarga iaitu keluarga Pak Chat. Ketua kumpulan ini ialah Pak Ali, anak sulung Pak Chat, Pak Ali baru saja meninggal dunia bulan Disember baru ini. Mungkinkah kumpulan gendang ini juga akan turut terkubur?.

Pengkalan Mandi Sungai

Zaman kanak-kanak dulu masa sangat ketat dengan jadual. Pagi pergi sekolah, petang pergi mengaji Quran, Masa tu ada masa rehat. Main sungguh-sungguh. Perempuannya main batu lambung atau lompat getah. Lelakinya dengan mainan toi kandang. Permainan yang uji ketahanan fizikal di mana bertujuan menyelamatkan rakan yang ditawan musuh.
    Bila cuti sekolah dan cuti panjang jadual pun berubah. Jadual wajib adalah mandi sungai. Masa tu semua budak kampung dari kecik hingga besar semua boleh berenang. Kalau lambat boleh berenang akan jadi bahan ejekan. Saat paling seronok adalah menunggu air pasang. Masa itu air sangat jernih. Ramai akan berkumpul di tebing sungai macam burung raja udang nak tangkap ikan. Mata liar memerhatikan apa yang dibawa arus air. Apa yang berkenan seperti bola pecah, patung mainan maka terjunlah ambilnya. Lepas itu naik semula ke tebing. Tunggu benda lain pula.
      Uniknya di kampung ini ada beberapa pengkalan tempat berkumpul dan mandi. Ada nama khas. Pengkalan Tok Mat Bilal, Pengkalan Shahid, Pengkalan Tok Arof, Pengkalan Chut, Pengkalan Md Khir. Untuk menampakkan meriahnya bolehlah pergi mandi bertukar-tukar pengkalan. Tak kisah pun masa ini nak mandi lelaki perempuan. Tak terfikir pulak benda-benda pelik pun masa tu.

Sekapur sireh

Hasrat ada untuk sambung menulis semula. Lamanya tak menulis. kerana sibuk sikit urus blog akademik untuk pelajar di tahun baru ini. http://teratakman.blogspot.com .Entah di mana lemahnya, boleh lupa alamat akaun dan password yang digunakan. Jadinya blog Warisan Kampung Keriang Pulau terhenti begitu saja. Ini baru dapat dipulihkan password. Bila membaca blog http://creeman88.blogspot.com membawa imbauan jauh di zaman silam ku di kampung. Hasrat untuk berkongsi pengalaman masa lampau dengan rakan-rakan sekampung yang sama minat, sama rasa, sama menanggung pahit manis, cerita-cerita lucu masa kanak-kanak mungkin sesuatu yang indah yang tidak dapat dirasai kenikmatannya oleh generasi hari ini. Pada rakan-rakan silalah email aku untuk bertanya khabar. Aku yang kerap balik kampung mungkin dapat juga catatkan berita-berita terkini di sini

Tuesday, November 9, 2010

Abah .

Abahku Haron adalah bekas tentera (7018). Bersara Dari Askar 5 Melayu diRaja di Batu Gajah, Perak. Anak jati Kampung Keriang Pulau. Ibuku Doyah
berasal di Sg. Udang, Sg. Acheh, Pulau Pinang. Dibesarkan di Batu 1, Lorong Layang-Layang,Alor Star oleh ibu saudara (Tok Na)..