Tuesday, November 9, 2010

Abah .

Abahku Haron adalah bekas tentera (7018). Bersara Dari Askar 5 Melayu diRaja di Batu Gajah, Perak. Anak jati Kampung Keriang Pulau. Ibuku Doyah
berasal di Sg. Udang, Sg. Acheh, Pulau Pinang. Dibesarkan di Batu 1, Lorong Layang-Layang,Alor Star oleh ibu saudara (Tok Na)..

Pembinaan jalan utama

       Aku masih ingat peringkat mula jalan masuk kampung dibuat. Setipa petang jalan kampung dibuat secara bergotong royong. Aku masih ingat masa tu aku akan meniup tanduk kerbau milik tok wan aku. Kemudian sambut menyambut bunyi tanduk kerbau. Masing-basing keluar dengan membawa cangkul, cam tanah, penyakar, penyodok dan apa saja. Masa itu tak ada bantuan lori tanah merah. Tanah sawah kiri-kanan jalan dikorek dan ditambun menjadi jalan utama. suasana meriah berterusan hingga jalan siap untuk kegunaan semua orang kampung. Beberapa tahun kemudian barulah ditambak dengan tanah merah..

Sunday, November 7, 2010

Artikel oleh Rosmary Barnard

Berikut link penulisan Rosemary Barnard

[PDF] RECENT DEVELOPMENTS IN AGRICULTURAL EMPLOYMENT IN A KEDAH RICE ...
File Format: PDF/Adobe Acrobat - Quick View
by R BARNARD
 
RICE-GROWING VILLAGE
by R BARNARD - 1981 - Cited by 3 - Related articles
employment in one village
 

Pak Yob

      Pak Yob salah sorang tokoh kat kampung ni. Anak-anaknya Kak Yam, Pak long Kalek, Salleh. Idris, Bokhari. Orang tua yang sangat dihormati dan disegani.

Maja.........

Hari ni Isnin 8 November 2010. Nama penuh aku tak tahu. Kat kampung kita panggil maja saja. hari ni dia lapor diri kat maktab aku. Bertukar dari M4P. Dia beli rumah kat SP. Maja anak bang Din Siam.Kak dia aku tak tahu nama jugak..Kita semua panggil kak cik saja..Selamat datang ke ipsah

Tuesday, November 2, 2010

Tok Aroff

        Haji Aroff atau lebih dikenali sebagai Tok Aroff adalah tok wan aku. Hasil perkahwinan dengan Wan Mala dikurniakan Shafie, Harun, Mustaffa, Cik Bashah, Md. Noor dan Rokiah. Orangnya baik. Sangat rapat dengan anak cucu. Suka buat lawak.Cucu-cucu suka kelilingnya. Selalunya dia bagi gobek pinang. Tumbuklah sirih pinang hingga lumat.
        Tok Wan ada ajar aku buat meriam buluh. walaupun tok marah kat diqa.dia ajar juga kami teknik buat meriam buluh. Tapi sekarang rasa macam tak mahulah ajar anak-anak teknik buat meriam buluh
       Tok Wan ada anok (pengangkutan untuk tarik padi dari sawah ke daratan). Kami akan naik anok yang ditarik kerbau. Bila dah diisi padi kami ikut sampai padi diturunkan. Kemudian naik semula anok untuk ambil padi seterusnya.

Monday, November 1, 2010

Kg. Keriang Pulau dari sudut ilmiah

           Kg. Keriang pulau terletak 3 km. ke bandar Alor Star. Nadi kampung terletak 0.5 km dari jalan utama. Jalan kampung asal telah ditutup lantaran pembinaan rumah-rumah taman yang baru. Kampung tradisional ini harus disingkap kisahnya  40 - 50 tahun kebelakangan bagi menjiwai nadi jiwa kampung ini.
            Kg. Keriang Pulau pernah dijadikan kajian oleh  Dr. Rosmarry Barnard seorang pensyarah dari Australia pada pertengahan tahun 60an. Beliau kemudiannya datang semula 10 tahun kemudian untuk kajian  kedoktaran beliau. Saya berkesempatan membaca tesis beliau di Perpustakaan Universiti Malaya. Dalam lawatan beliau tahun 1979  saya berkesempatan berjumpa beliau dan mendapat beberapa kertas kerja yang beliau bentangkan di peringkat antarabangsa tentang Kg. Keriang Pulau. Kajian lain secara lebih mendalam belum pernah saya temui.